Sunday, 29 September 2019

ADOBE PHOTOSHOP

Adobe Photoshop merupakan penyunting grafik yang khas untuk menyunting atau pembuatan kesan gambar. Perisian ini antara yang paling popular yang sering digunakan untuk menyunting gambar kerana hasilnya yang amat menarik.



Contoh poster karnival kanak-kanak yang di edit menggunakan Adobe Photoshop


Saturday, 28 September 2019

BLOGGER

Blog ialah singkatan untuk weblog, merupakan suatu catatan atau jurnal peribadi yang terdapat di jaringan Internet. Catatan yang dibuat adalah sentiasa dikemas, kini dan bahan-bahan yang dimasukkan adalah untuk tatapan umum. Catatan yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan ke dalam blog, laman web dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Kegiatan atau aktiviti untuk membuat dan mengemas kini blog disebut blogging. Individu yang melaksanakan tugas untuk mengemas kini blog dikenali sebagai blogger (blogawan). (Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi, 2016).


Publish new post untuk blog


Kepelbagaian tema untuk menbuatkan blog tampak menarik 


Contoh blog


WINDOW MOVIE MAKER

Perisian Window Movie Maker ini digunakan untuk menghasilkan video unutk pelbagai tujuan seperti sebagai video pembelajaran dan sebagainya. Namun, perisian ini dikira sebagai perisian pengeditan video yang asas dan senang jika hendak dibandingkan dengan perisian penghasilan video yang lain seperti Vegas Pro 16 dan sebagainya.



 Perisian Window Movie Maker




MICROSOFT POWERPOINT

Microsoft PowerPoint digunakan sebagai persembahan elektronik yang terdiri daripada slaid dan beberapa ciri-ciri yang lain. Perisian ini sering digunakan sebagai pembentangan kebanyakan oleh para pelajar serta pensyarah, malahan mempunyai fungsi yang lain seperti tujuan pengajaran dan lain-lain.


Contoh slaid 




Terdapat pelbagai design, transition dan animation yang menarik untuk menambah kreativiti pada slaid


MICROSOFT EXCEL


Thursday, 22 August 2019

MICROSOFT WORD


Ini adalah contoh format surat rasmi yang boleh ditaip menggunakan software Microsoft Word




Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim

Perak Darul Ridzuan



Nur Shafina Binti Johari

200, Lorong Mahsuri

Felda Lubuk Merbau

Pendang, 06710 Kedah

16 Julai 2019

Tuan/Puan,



KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)



Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedang menjalankan kajian bertajuk “Kajian Pengesanan Graduan (Teknologi Maklumat)” seperti yang tersebut di atas.



2.             Sehubungan dengan itu, satu borang soal selidik diedarkan bagi mengenalpasti kesesuaian Program Pendidikan Teknologi Maklumat dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas sebagai guru teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk melengkapkan borang soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya menggunakan sampul surat yang disediakan sebelum 16 July 2019, supaya analisis statistik dapat dijalankan seterusnya.



3.             Jika pihak tuan/puan berminat untuk mengetahui hasil analisis, sila nyatakan di dalam borang soal-selidik yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Norhazalila Bt. Ahmad Nordin (Telefon: 05-4506519 atau e-mel: ila@upsi.edu.my).



Akhir kata, pihak FSKIK ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada pihak tuan/puan.



Yang benar,





                                                                                                      

DR. Maizatul Hayati Mohamad Yatim

Dekan

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris