Ini adalah contoh format surat rasmi yang boleh ditaip menggunakan software Microsoft Word
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti
Pendidikan Sultan Idris
35900
Tanjong Malim
Perak
Darul Ridzuan
Nur Shafina Binti Johari
200, Lorong Mahsuri
Felda Lubuk Merbau
Pendang, 06710 Kedah
16
Julai 2019
Tuan/Puan,
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TEKNOLOGI
MAKLUMAT)
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan
Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedang menjalankan kajian bertajuk
“Kajian Pengesanan Graduan (Teknologi
Maklumat)” seperti yang tersebut di atas.
2.
Sehubungan dengan itu, satu borang soal
selidik diedarkan bagi mengenalpasti kesesuaian Program Pendidikan Teknologi
Maklumat dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas sebagai guru
teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak
tuan/puan untuk melengkapkan borang soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya
menggunakan sampul surat yang disediakan sebelum
16 July 2019, supaya analisis statistik dapat dijalankan seterusnya.
3.
Jika pihak tuan/puan berminat untuk
mengetahui hasil analisis, sila nyatakan di dalam borang soal-selidik yang
dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan Norhazalila
Bt. Ahmad Nordin (Telefon: 05-4506519 atau e-mel: ila@upsi.edu.my).
Akhir kata, pihak FSKIK ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada pihak tuan/puan.
Yang
benar,
DR. Maizatul Hayati Mohamad
Yatim
Dekan
Fakulti
Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti
Pendidikan Sultan Idris
No comments:
Post a Comment